Tuesday, August 18, 2015

Selangor cadang hapus air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PR


Pemberian 20 liter air percuma adalah janji Pakatan sebelum pilihanraya umum ke 13 lalu, ia kesinambungan dari menifesto Pakatan pada PRU12 yang menyaksikan gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP mengambil alih pemerintahan negeri termaju di Malaysia itu.

Apabila sebut air percuma orang akan ingat bekas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ia merupakan legasi dan kini kerajaan negeri pimpinan MB Azmin Ali mahu menghapuskannya.

Menurut Azmin, Kerajaan Selangor bercadang untuk meneliti semula skimtersebut berikutan terdapat rakyat menggunakan air percuma itu bagi tujuan lain seperti berkebun dan kolam renang.

“Sedangkan rakyat miskin yang tidak ada kolam air tidak mendapat manfaat,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mengenai sama ada kerajaan negeri akan teruskan program pemberian air percuma selepas penstrukturan air Selangor dimuktamadkan.

Sehubungan itu, kajian itu akan dibahaskan dalam sidang akan datang ketika pembentangan Bajet 2016.

“Tetapi setakat ini belum ada hasrat untuk batalkan. Kita akan kaji apakah program ini dapat diperbaiki supaya kumpulan sasaran dapat manfaat perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri,” katanya lagi.-Agenda Daily:18/8/2015
Read more »

Saturday, August 8, 2015

Warga Kuala Selangor ditahan Polis Dumai, Indonesia Bawa 7 Butir Pil Psikotropika disyaki dadah


Seorang warganegara Malaysia berasal dari Kuala Selangor ditahan oleh Polis Narkotik Dumai kerana disyaki membawa 7 butir Pil psychotropic berwarna oren seberat 190 gram.

Tangkapan dibuat atas maklumat orang ramai di Pelabuhan Penumpang, Jalan DAtuk Lasamana, Kecamatan Dumai Timur pada Ahad lalu yang melaporkan ada lelaki warga Malaysia yang dicurigai memiliki, menyimpan, dan atau membawa pil jenis psikotropika.

Polis Narkotik Dumai yang menerima laporan tersebut terus meluru ke tempat aduan melakukan tangkapan dan setelah digeledah mendapati ada 7 butir pil dipercayai dadah bersama lelaki tersebut

Kabid Humas Polda Riau AKBP Guntur Aryo Tejo mengesahkan melalui panggilan telefon bimbitnya kepada riauterkinicom , mengakui adanya warga Selangor Malaysia ditangkap oleh anggota Polres Dumai pada Ahad (2/8/15) sekitar jam 13.00 WIB. 

Lelaki tersebut kini ditahan Polis Dumai untuk siasatan lanjut.
Read more »

Thursday, August 6, 2015

UMNO Sungai Besar desak Muhyiddin letak jawatan Timbalan Presiden UMNO



Dalam kekalutan politik tanah air yang berlaku hari ini, beberapa Bahagian UMNO dilihat mengambil langkah drastik apabila membatalkan jemputan sebagai perasmi Mesyuarat UMNO Bahagian masing-masing tetapi UMNO Sungai Besar dilihat memanjangkan lagi pergeseran dalam UMNO degan mendesak Timbalan Presiden UMNO untuk meletak jawatan dan bersara dari arena politik.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan akar umbi UMNO yang sayangkan parti.

Memetik portal Rakyat News, berikut merupakan pendirian UMNO Bahagian Sungai Besar berhubung status Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO : -

Saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, ingin memohon agar YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin segera mengundur diri dari arena politik dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO secara terhormat.

Saya dapati YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi relevan memimpin Parti UMNO kerana beliau telah dengan jelas tidak lagi sehaluan dengan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, yang merupakan Presiden UMNO. Beliau telah memberi kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan pendirian YAB Presiden UMNO secara umum terutama dalam menangani isu 1MDB.

Beliau juga telah mengkritik YAB Presiden UMNO secara terang-terangan sehingga menyebabkan parti lawan mengambil kesempatan dan mensensasikan isu 1MDB dan Rombakan Kabinet baru-baru ini. Kenyataan-kenyataan beliau telah menyebabkan sokongan dan kepercayaan rakyat dan akar umbi parti merosot. Sekiranya beliau ikhlas ingin membantu parti, sudah pasti beliau bersungguh-sungguh untuk memperkukuh dan memperkuatkan parti. Tapi apa yang berlaku, beliau telah menyebabkan perpecahan dalaman parti.

YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat gagal membantu YAB Presiden UMNO dalam menjalankan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap parti. Tindakan-tindakan dan kenyataan-kenyataan beliau seolah-olah ingin menjatuhakan kredibiliti YAB Presiden UMNO dan juga seolah-olah mempunyai agenda untuk kepentingan peribadi. Sebagai seorang pejuang dan pemimpin peringkat tertinggi, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik dimana kepentingan parti perlulah diutamakan mendahului kepentingan peribadi.

Apabila saya kaji dan teliti terhadap kenyataan-kenyataan yang telah beliau keluarkan, saya dapati banyak kenyataan-kenyataan tersebut dimanipulasi dan beliau seolah-olah menipu ahli-ahli UMNO serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kita hanya memerlukan pemimpin yang ikhlas dan jujur, bukan pemimpin yang cuba untuk memecahbelahkan parti.

Oleh yang demikian, jika YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sifat tanggungjawab terhadap ahli UMNO, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini disebabkan kerana, beliau kini telah menjadi satu bebanan kepada parti dan boleh menjadi punca ahli hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO.

Selaras dengan suasana politik semasa, saya menyarankan agar YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO serta merta. Saya mohon agar beliau berehat dari arena politik dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain yang boleh memberi kerjasama terhadap kepimpinan YAB Presiden UMNO untuk meneruskan perjuangan parti.

YBHG. DATO' JAMAL MD YUNOS
Ketua UMNO, Bahagian Sungai Besar
6hb Ogos 2015
Read more »

Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370 | Confirmed: Flaperon From MH370


KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada Khamis pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

"Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada pukul 1.45 pagi Khamis.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.


------------------------------------------------  ENGLISH   ---------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR, Aug 6 - International experts have confirmed that the flaperon found on the French Reunion Island is from Flight MH370 - supporting an earlier conclusion that the Malaysia Airlines plane crashed into the Indian Ocean almost 17 months ago.

Datuk Seri Najib Tun Razak said today that the experts gathered in the French city of Toulouse "have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370".

"We now have physical evidence that, as I announced on March 24 last year, Flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean," the Prime Minister said live over TV3 at 1.45am today.

The confirmation is expected to narrow the search area and raises hopes of solving what has been described as the greatest mystery in modern aviation history.

Flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared from the radar on March 8, 2014 with 239 passengers and crew.

"The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board," Najib said.

"The plane's disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

"Neither could investigations by the world's leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane's disappearance remained a mystery, we have shared the pain of those who could find no comfort."

The Prime Minister's announcement which was carried worldwide came 515 days after the plane went missing.

Najib thanked the many nations, organisations and individuals that have participated in the largest search in aviation history.

He hoped that the confirmation, however tragic and painful, would "at least bring certainty to the families and loved ones" of those on board MH370.

"They have our deepest sympathy and prayers," he said.

The Prime Minister assured all those affected by the tragedy that the government of Malaysia would do everything within its means to find out the truth of what happened.

"MH370's disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation," he said.

"And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370."

-- BERNAMA
Read more »

Sunday, August 2, 2015

Dua maut terjunam dari jambatan


JELI: Dua maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam dari jambatan setinggi kira-kira 10 meter di Ki­lometer 102, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Kampung Sungai Mekong, di sini.

Kejadian tersebut hanya disedari kira-kira pukul 8.30 pagi ini oleh seorang penduduk kampung yang ternampak kereta jenis Proton Waja itu tersadai di tebing sungai dengan kedua-dua mangsa masih berada di dalamnya.

Mangsa, Nor Azman Murad, 53, serta Saulihin Ismail, 55, didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Yusoff Jaafar berkata, anggota polis dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja mereka menerima maklumat daripada orang awam.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kita dapati kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan daripada kende­raan tersebut yang berada di tebing Sungai Mekong oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jeli.

“Kenderaan tersebut dipercayai dalam perjalanan menuju ke Perak melalui lebuh raya ini dan kita percaya gagal dikawal lalu terhumban ke bawah jambatan selepas melanggar penghadang jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan setakat ini polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian sama ada pemandunya mengantuk sebelum terbabas atau faktor lain.

“Kita percaya nahas berlaku beberapa jam sebelum kedua-dua mangsa ditemukan oleh penduduk kampung. Setakat ini kita belum dapat mengesahkan masa kejadian,” katanya.
Read more »

Zahid Hamidi arah polis siasat individu sebar fitnah Laman Media Sosial disekat


Georgetown: Kerajaan akan ambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah dengan mendakwa penggunaan media sosial akan disekat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini beliau sudah mengarahkan polis melakukan siasatan terhadap individu yang menyebarkan fitnah terbabit.

"Ada pihak yang cuba menyebarkan kononnya saya mengeluarkan kenyataan mendakwa semua media sosial di negara ini akan disekat.

"Kali ini saya tidak beri amaran namun akan mengambil tindakan dan berharap pihak terbabit menarik balik kenyataan itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua pihak diharap tidak menggunakan kebebasan media untuk menyebarkan fitnah. -HMetro

Link Gambar : Panglima Hitam [Klik Sini]


Read more »

Saturday, August 1, 2015

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen



Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).

Harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut. - Bernama
Read more »